9 Januari 2011 - 20:30

Menurut pandangan saya hukum asal perkara ini dibolehkan dan wajah para sahabat boleh ditayangkan dalam filem dengan syarat-syaratnya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Setelah Ayatullah Makarim Syirazi mengumumkan bahawa pengkisahan sejarah yang sahih bukanlah menghina para sahabat, seorang ulama dari Arab Saudi berpendapat penayangan wajah sahabat nabi dalam filem dibolehkan.

Berdasarkan laporan berita, seorang mufti Saudi dan ahli jawatankuasa Kubbar al-Ulama Arab Saudi berkata, "Penayangan wajah sahabat dalam filem-filem di televisyen dibolehkan selagi menjaga syarat-syaratnya".

"Doktor Qais al-Mubarak" ahli jawatankuasa Kubbar Ulama Arab Saudi menerangkan perkara ini ketika para ulama sedang mengecam penayangan wajah para sahabat nabi. Beliau menegaskan, "Kecaman ini dikeluarkan untuk menghalang penghinaan dan merendahkan martabat sahabat nabi, namun menurut saya perkara ini diizinkan dan wajah para sahabat boleh ditayangkan dalam filem dengan syarat-syaratnya.

Baru-baru televisyen negara Iran telah menayangkan filem sejarah pemberontakan Umar Mukhtar yang menuntut keadilan setelah pembunuhan Imam Husain (a.s.) di Karbala. Filem ini mendapat kritikan daripada ulama Ahlusunnah di al-Azhar Mesir kerana dianggap menghina sahabat nabi serta mengistiharkan haram menonton filem tersebut.

Walau bagaimanapun Ayatullah Makarim Syirazi tampil memberi penerangan bahawa penayangan filem bersejarah yang sahih bukanlah menghina para sahabat dan ia tidak ada kaitan sama sekali dengan menghina para sahabat.